Resipi unik emping belinjau


Oleh Mohamed Farid Noh | farid_noh@bh.com.my
2014/07/24

Roziah lalui pelbagai cabaran, gigih jadi usahawan pelbagai jenis kuih

Berbekal resipi biskut raya unik yang dihasilkan daripada emping buah belinjau yang pahit, Saraoge Confectionery kini semakin menempa nama dalam industri pengeluaran kuih di Johor.

Keenakan biskut raya yang diberi nama belinja inspira dan belinja flakes itu yang diadun bersama madu, badam, kismis, oat dan bijirin nestum menjadi antara kudapan popular sepanjang tahun dihasilkan perusahaan kuih berkenaan.

Pemilik Saraoge Confectionery, Roziah Ikhsan, 47, berkata idea untuk menghasilkan biskut raya unik itu tercetus apabila saudaranya memberi emping belinjau sebagai buah tangan.

"Saya tidak menggemari emping belinjau yang rasanya pahit menyebabkan mencuba menggabungkannya dengan bahan lain apatah lagi saya sedang tercari-cari resipi biskut baharu yang unik.

"Ketika itu saya baharu bermula mengusahakan perusahaan kuih ini dengan produk pertama adalah kek kukus buah. Seorang pemborong kuih, mencadangkan supaya saya menghasilkan produk biskut yang unik yang tidak pernah dihasilkan sesiapa bagi membuka pasaran lebih luas untuk mengembangkan lagi perniagaan yang baharu bertapak.

"Saya bersyukur kerana cubaan menghasilkan biskut unik daripada emping buah belinjau menjadi, malah rasanya yang rangup dan enak menyebabkan ia disukai ramai pelanggan yang membuat tempahan sepanjang tahun, bukan saja pada musim perayaan," katanya.

Keunikan biskut daripada emping belinjau itu pantas menarik perhatian pasaran sehingga, seorang pemborong kuih yang tertarik membuat pesanan pukal sehingga 5,000 balang untuk dijual di premisnya.


Diuji suami sakit


Roziah berkata, sebelum menemui resipi unik yang mengubah nasibnya sebagai pengusaha kuih, beliau hanyalah pengusaha baharu yang jerih payah mencari pasaran produk keluarannya termasuk kek kukus, selain kuih termasuk samperit, tart comel dan biskut selumbar emas.

"Saya bermula di Johor Bahru, sebelum suami, Jumahat Jalal,60, yang ketika itu pengurus sebuah bank mencadangkan supaya membina bengkel kuih di Parit Mustafa, Simpang Lima, Batu Pahat bagi memudahkan perusahaan kuih dikembangkan.

"Ketika baharu bertapak di sini, kami sekeluarga diuji apabila suami yang berhenti kerja di bank untuk menyokong saya diserang angin ahmar sehingga terlantar sakit.


Tebal muka jual di tepi jalan


"Kami yang ketika itu sudah kehabisan wang simpanan untuk membina bengkel kuih dan membeli peralatan terpaksa meneruskan juga dalam keperitan.

"Walaupun perit pada awalnya berikutan menempuh ujian suami sakit di samping kek dan kuih dihasilkan kurang menerima sambutan pelanggan menyebabkan saya menebalkan muka mencari pelanggan termasuk mengetuk pintu rumah jiran tetangga, pejabat selain menjual di lokasi tumpuan orang ramai termasuk pasar," katanya.

Usaha keras Roziah akhirnya berhasil, apabila pelanggan yang membeli produknya semakin bertambah selain menghantar produk dihasilkannya kepada pemborong kuih ternama bagi memperluaskan pasaran produknya.

"Alhamdulillah kini produk Saraoge semakin dikenali malah saya turut mengeluarkan produk kek istimewa termasuk lapis prune, lapis betawi, lapis asam manis, lapis blueberi dan lapis coklat nutella atas permintaan pelanggan yang mahukan produk yang lebih variasi.

"Selepas lima tahun bertapak di Parit Mustafa, produk saya semakin mendapat permintaan yang tinggi sehingga saya terpaksa menambah pekerja dalam kalangan ibu tunggal.

"Selain menerima tempahan pelanggan yang mahukan produk kami, saya turut membantu pengusaha kecil yang baharu bertapak dengan meletakkan produk kuih mahupun kerepek mereka di premis pameran dan bengkel saya.

"Langkah itu bagi memudahkan pelanggan mendapatkan pelbagai jenis kuih-muih dan biskut raya termasuk kerepek, malah saya akan memberi khidmat nasihat kepada mereka bagi mengembangkan perniagaan kecilan mereka," katanya.


Bantu usahawan lain


Roziah berkata, beliau memahami kesukaran usahawan wanita yang baharu bertapak bagi mencari pasaran bagi produk mereka dan mengharap sokongan yang diberikannya itu akan diteruskan pula usahawan lain apabila mereka berjaya nanti.

"Pasaran untuk biskut raya mahupun kerepek amat besar di negara kita dan negara jiran sehingga kadangkala kita tidak mampu menampung permintaan yang tinggi.

"Justeru, penting usahawan Bumiputera terutama golongan wanita saling memberi sokongan antara satu sama lain bagi memastikan produk kita sama-sama berkembang dan permintaan pasaran dapat dipenuhi.

"Jika produk yang dihasilkan bermutu, berkualiti, unik dan enak sudah pasti ia akan menerima sambutan malah pengedar atau agen seluruh negara juga pasti akan mendapatkan produk kita untuk dipasarkan di tempat mereka pula," katanya


INFO

Saraoge Confectionery


- Jalan Simpang Lima, Parit Mustafa, Parit Sulong, Batu Pahat
- 019-7772367 dan 07-4185619.

Diterbitkan oleh Berita Harian pada 24/7/2014

0 comments:

[Promosi] Aneka Kerepek




Aneka kerepek untuk dirasa dan dinikmati. Hanya di Saraoge Confectionery, Parit Sulong.


Untuk tempahan, sila hubungi 019-777 2367 atau
berkunjung ke premis kami di 
  • Pos L-3-3, Jalan Simpang Lima,
  • 85300 Parit Sulung, Johor, Malaysia

0 comments:

[Testimoni] Apa kata mereka mengenai Saraoge Confectionery

Saraoge Confectionery sentiasa bertekad untuk menyediakan produk yang berkualiti dan lazat untuk dinikmati oleh rakyat Malaysia. Selama 5 tahun kami terus gah memastikan produk kami terus disayangi oleh pelanggan kami.


0 comments:

[Promosi] Kek Lapis Sarawak


Aneka kek lapis sarawak untuk dirasa dan dinikmati. Hanya di Saraoge Confectionery, Parit Sulung.


Untuk tempahan, sila hubungi 019-777 2367 atau
berkunjung ke premis kami di 
  • Pos L-3-3, Jalan Simpang Lima,
  • 85300 Parit Sulung, Johor, Malaysia

0 comments:

[Promosi] Kuih Raya 2014 Saraoge

Belinja Flakes
RM19 / Balang

Belinja Inspira
RM20 / Balang

Selumbar Emas
RM20 / Balang

Semprit
RM16 / Balang

Tat Comel
RM10 / Balang

Untuk tempahan, sila hubungi 019-777 2367 atau
berkunjung ke premis kami di 
  • Pos L-3-3, Jalan Simpang Lima,
  • 85300 Parit Sulung, Johor, Malaysia

0 comments:

Kongsikan Kenangan Aidilfitri anda bersama kami




Aidilfitri menjadi satu detik yang sangat syahdu dan bermakna bagi umat Islam. Selain meraikan kemenangan melawan nafsu sendiri di bulan Ramadhan, Aidilfitri juga platfom untuk kita saling bermaaf-maafan dan juga mengeratkan hubungan silaturrahim.

Aidilfitri juga diserikan lagi dengan juadah serta hidangan kuih-kuih raya yang enak seperti yang telah kami lakukan 5 tahun lalu.

Kongsikan pengalaman Aidilfitri bersama kami dan menangi hamper kuih raya daripada kami bagi yang terawal, terakhir dan terbaik sekali pengalaman Aidilfitri.

Caranya mudah

1. Like page Saraoge Confectionery dan post ini dan kongsikan bersama rakan-rakan anda
(https://www.facebook.com/saraogeshop?fref=ts)
2. Kongsikan pengalaman aidilfitri anda pada post ini.
(https://www.facebook.com/photo.php?fbid=262089313996338&set=a.250737381798198.1073741827.250726758465927&type=1)
3. Berikan ucapan hari raya anda kepada semua pengunjung page ini.

Pemenang akan dihubungi melalui facebook. Hadiah akan diterima pada bulan Syawal nanti.

Kami di Saraoge Confectionery mengucapkan selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir batin. Terima kasih kerana menyokong produk kami sejak tahun 2009 lagi.

0 comments:

KEK KUKUS LELEH

Dapatkan Segera...

0 comments:

BELINJAU FLAKE LELEH...

Dapatkan segera BELINJAU FLAKE LELEH...


Nak rasa, jual dan dapat duit dengan cepat.. Inilah masanya. Biskut yang digemari ramai, ranggup, sedap, enak hingga makan satu tak cukup-cukup..

0 comments:

Copyright © 2012 SARAOGE